Translate

30/08/2017

#Everything2Hide: 21 Soalan Bocor Mahathir Terkulai Layu


1. Jika Malaysia tidak bankrap apabila Mahathir melipatgandakan nisbah Hutang kepada KDNK kita dalam tempoh 5 tahun pertama beliau mengambil alih sebagai PM daripada 44% pada tahun 1980 melonjak kepada 103.4% pada tahun 1986, bagaimana pula Malaysia akan bankrap apabila nisbah hutang kini adalah pada 52.7%?


2. Terdapat 80 negara dengan nisbah hutang yang lebih tinggi daripada Malaysia pada 52.7% termasuk kebanyakan negara Eropah, Amerika Syarikat, Singapura, Jepun dan lain-lain . Jika Malaysia bankrap, adakah 79 negara lain dengan nisbah yang lebih tinggi terlebih akan bankrap dahulu?

3. Mukhriz mengakui di mahkamah baru-baru ini bahawa anda dan Muhyiddin merancang menjatuhkan Najib seawal tahun 2014 sebelum isu 1MDB meletus. Adakah ini bermakna bahawa Muhyiddin dan Mukhrz telah dibuang kerana bersekongkol untuk menggulingkan Presiden dan bukannya kerana mempersoalkan 1MDB?

4. Adakah benar dan anda 4 orang anak anda disenaraikan oleh SSM sebagai mempunyai kepentingan dan pemilikan dalam 488 syarikat berdaftar? Sekiranya tidak benar, berapa ratus syarikat yang keluarga anda ada? Berapa nilai syarikat-syarikat ini?

5. Tun telah berjuang untuk Melayu dan Islam selama 22 tahun dan akhirnya anda berjaya menjadikan 3 orang Melayu-Islam antara 10 orang terkaya di Malaysia pada 2014 dengan anak lelaki anda Mokhzani menjadi Melayu-Islam kedua terkaya. Adakah anda menganggap ini pencapaian anda yang dibanggakan?

6. Adalah benar bahawa beberapa bulan sebelum anda bersara, Kementerian Kewangan di bawah anda telah memberikan secara terus lesen perjudian sukan monopoli selama 20 tahun kepada Vincent Tan tanpa tender terbuka dan tanpa memaklumkan kepada kabinet dan hanya pada harga murah RM20 juta sahaja – yang mana Vincent Tan kemudiannya menjual lesen itu beberapa tahun kemudian pada penilaian RM700 juta?

Selepas itu, taikun itu telah membelanjakan berjuta-juta Ringgit untuk menganjurkan majlis harijadi untuk anda setiap tahun. Adakah ini dianggap sebagai rasuah?
7. Mirzan telah membeli Diperdana Bhd, yang merupakan perniagaan trak kontena ketiga terbesar di Malaysia daripada Danny Tan (abang Vincent Tan) manakala Mokzani membeli Hospital Pantai dari Vincent Tan. Berapa banyak syarikat lain yang dibeli dan dijual di antara anak-anak lelaki anda dan Vincent Tan atau keluarganya?
8. Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PPBM, A Kadir Jasin telah berkata bahawa ketika anda berkuasa, para taikun terus meminjamkan jet peribadi kepada anda untuk digunakan. Adakah anda menggunakan jet-jet ini dan ini dianggap sebagai rasuah kerana anda menerima manfaat? Atau adakah Kadir berbohong?

BANYAK LAGI SILA BACA DAN NILAIKAN LAH SENDIRI


28/08/2017

AMANAH BIMBANG PKR BERPECAH KERANA PAS

SHAH ALAM: Amanah bimbang rakan komponennya, PKR akan berpecah akibat daripada pertikaian di antara pemimpin parti itu berhubung isu rundingan dengan PAS.

Setiausaha Agungnya, Anuar Tahir berkata, PAS sebelum ini telah berjaya menyebabkan Pakatan Rakyat (PR) terkubur selepas mereka memutuskan hubungan dengan DAP dua tahun lalu, dan kini beliau khuatir PAS akan mengulanginya dengan menjadi 'punca' perpecahan PKR.

"Saya berharap kalau PAS telah memecahkan perpaduan Pakatan Rakyat (PR), terkubur PR kerana PAS telah memutuskan hubungan dengan salah satu anggota yang bertiga iaitu DAP.

"Sekarang janganlah PKR pula berpecah kerana PAS," katanya ketika dihubungi Antarapos

27/08/2017

#FOREX: AKAUN REZAB BANK NEGARA MALAYSIA SUSUT RM9.3 BILLION

Suruhanjaya Siasatan bagi menyiasat kes kerugian akibat urus niaga mata wang asing oleh Bank Negara Malaysia (BNM) sekitar tahun 1990-an diberitahu, berdasarkan laporan audit, bank pusat itu mengalami penyusutan sejumlah RM9.3 bilion daripada akaun rizab lain pada 31 Disember 1992.

Bekas Pengurus Jabatan Audit Dalam BNM, Wong Yew Sen sebagai saksi keempat dalam suruhanjaya siasatan itu berkata, jumlah itu disebabkan sebanyak RM8.5 bilion akibat kerugian urus niaga mata wang asing (forex) telah dicaj ke akaun berkenaan.

Yew Sen, 70, yang kini sudah bersara berkata, beliau telah diarah secara lisan untuk menyediakan laporan audit iaitu ‘Audit Report On Foreign Exchange Operation Division Of Banking Department And Processing Section of Accounts Department’ sehingga 31 Disember 1992’.

Beliau tidak menyatakan bahawa tindakan untuk mencajkan kerugian forex ke akaun rizab lain itu betul, namun menurutnya penyata kewangan tersebut telah dikemukakan dan diluluskan Ketua Audit Negara.

26/08/2017

MAHATHIR TERLIBAT SKANDAL KEWANGAN TERBESAR DUNIA

Prosiding Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) terhadap skandal terbesar DUNIA pertukaran matawang asing Bank Negara Malaysia (BNM) bermula hari ini.
Cubaan pertama peguam Tun Dr. Mahathir Mohamed, Hanif Khatri Abdulla untuk menggantikan pengerusi panel Tan Sri Mohd. Sidek Hassan dan ahli panel Saw Choo Boon telah menemui kegagalan.
Pada prosiding hari pertama ini, sekurang-kurangnya terdapat dua “percubaan mencelah dan/atau usaha mengganggu” siasatan yang telah dilakukan oleh pihak Mahathir.
CUBAAN PERTAMA adalah peguam beliau berusaha untuk turut serta terlibat secara aktif dalam siasatan ini. Hanif dilaporkan telah menulis kepada Setiausaha RCI, Yusuf Ismail untuk terlibat mengendalikan pemerikasaan dan menyoal balas para saksi.

25/08/2017

MALAYSIA BERDEPAN DENGAN BALA BESAR JIKA PAKATAN MEMERINTAH

Ke mana hilangnya Ahli Parlimen PKR Permatang Pauh yang kononnya mahu menjaga kebajikan rakyat di kawasannya? Sehingga hari ini, tiada satu pun komen atau kenyataan yang beliau keluarkan mengenai kontroversi kilang haram di kawasan Parlimennya.
Inikah Ahli Parlimen yang diharapkan oleh gerombolan penyokong Pakatan Harapan untuk menjadi Perdana Menteri wanita pertama di Malaysia? Jika inilah orangnya yang dikatakan mempunyai kualiti pemimpin terbaik di dalam Pakatan, maka Malaysia sedang berdepan dengan bala besar.
Bayangkanlah jika KAWASAN PARLIMENNYA SENDIRI PUN BELIAU TAK MAMPU untuk menjaganya, apatah lagi jika beliau diberikan tanggungjawab yang lebih besar menjaga seluruh rakyat Malaysia. Sudahlah tugas sebagai wakil rakyat di DUN N25 Kajang pun beliau abaikan, ditambah lagi dengan ketidakmampuannya untuk menjaga Parlimen Permatang Pauh.

23/08/2017

#MEMALI: PENGASAS PARTI KOMUNIS MODEN JANGAN PANASKAN KEADAAN

KUALA LUMPUR – DAP mahu Presiden dan Ulama PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dipanggil memberi keterangan kepada Suru­hanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung tragedi Memali pada tahun 1985 dalam usaha parti itu menyelamatkan Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Penasihat DAP, Lim Kit Siang mendakwa, Presiden PAS perlu memberi keterangan tentang impak amanat beliau itu keatas tragedi yang mengorbankan banyak nyawa penduduk kampung di Baling, Kedah tersebut.
“Kita juga mahu tahu bagaimana dia (Abdul Hadi) dapat “reconcile” amanat itu dengan hubungannya dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika ini,” dakwanya dalam satu kenyataan bersentimenkan politik hari ini.

22/08/2017

RCI: INI LAH MASANYA ANWAR BALAS DENDAM TERHADAP MAHATHIR ???

PUTRAJAYA, 21 Ogos — Datuk Seri Anwar Ibrahim maklum mengenai kerugian urus niaga mata wang asing oleh Bank Negara Malaysia (BNM), kata bekas penolong gabenor.
Datuk Abdul Murad Khalid berkata bagaimanapun bekas timbalan perdana menteri itu mengarahkan ia dirahsiakan selepas perkara berkenaan dimaklumkan kepada bekas gabenor Tan Sri Jaffar Hussein.
Katanya, Anwar kemudian menjemput untuk menyertai lawatannya ke Hawaii, Amerika Syarikat bagi menjelaskan isu tersebut.
“Anwar menjemput saya untuk bersama penerbangannya ke Hawaii bagi menjelaskan kerugian mata wang asing seperti diarahkan Jaffar.
“Saya menjelaskan kepada Anwar dan beliau faham tentang kerugian itu dan akan berbincang dengan Jaffar.
“Anwar berkata jika kerugian sebenar didedahkan kepada umum, beliau terpaksa meletak jawatan sebagai menteri kewangan,” katanya.
Murad memberi keterangan kepada Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) yang diadakan di Istana Kehakiman di sini hari ini.
Anwar merupakan menteri kewangan ketika skandal kerugian urus niaga mata wang asing tersebut.

Sumber: KLIK DISINI

20/08/2017

‘PERJUANGAN BERSATU UNTUK JADIKAN MUKHRIZ PM’

Seorang anggota Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) mendakwa bahawa matlamat parti serpihan Umno itu adalah untuk menjadikan timbalan presidennya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai perdana menteri.
Kenyataan itu dibuat oleh Mohd Taufik Abas, 29, yang mendakwa dirinya sebagai ahli dan adalah "exco" Armada, iaitu sayap pemuda parti berkenaan.
BERSATU banyak memperjuangkan politik individu.
“Lebih kepada memperjuangkan Mukhriz sebagai perdana menteri, saya nampak itu sahaja,” katanya pada satu sidang akhbar di Kuala Lumpur hari ini.

19/08/2017

TUN MAHATHIR LENYAPKAN WANG NEGARA RM30 BILLION?

Dalam buku Barry Wain, yang bertajuk Malaysian Maverick, dalam empat skandal kewangan dalam tempoh pimpinan Mahathir jumlah kerugian yang dialami oleh Malaysia dianggarkan bernilai RM100 bilion.
Mantan Perdana Menteri Tun Mahathir semakin rimas dengan isu skandal kewangan semasa 22 tahun pimpinan beliau akan terbongkar.
Dr Rosli Yaakop, bekas Timbalan Gabenor Bank Negara telah tampil memberikan maklumat berkenaan skandal kerugian pertukaran asing Bank Negara yang berjumlah RM30 bilion. Dr Rosli telah memberikan empat nama dalam “forex scandal elite club masters”;

1. Mantan Perdana Menteri
Tun Dr Mahathir Mohamad,
2. Mantan Menteri Kewangan
Tun Daim Zainuddin,
3. Bekas Gabenor Bank Negara
Allahyarham Jaffar Hussein dan;
4. Nor Mohamed Yaacob Mantan Menteri Dalam Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab untuk Unit Perancang Ekonomi Kerajaan Malaysia.

18/08/2017

ZAHID, BELAJARLAH HORMATI ORANG LEBIH BERJASA...

Tutur kata Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi ketika merasmikan Perhimpunan 1Pesara Malaysia 2017 kelmarin sudah cukup menggambarkan betapa songsangnya cara berfikir orang nombor dua negara.
Ungkapan seperti "gigit tangan (orang) yang pernah memberi makan pada kita", "sila bagi standing ovation kepada kerajaan" - semuanya adalah bahasa angkuh di depan pesara yang telah menyumbangkan sebahagian besar umur mereka untuk berbakti kepada negara.
Dengan tempoh perkhidmatan warga pesara itu yang mencecah 30 tahun atau lebih, Zahid lah yang sepatutnya memberikan standing ovation kepada seluruh pesara ini.
Tidak malukah Zahid - sebagai orang politik yang tempoh perkhidmatan sepenggal sahaja sudah beroleh pencen (mengikut Akta 237, pindaan 2015) - untuk meminta standing ovation kepada mereka yang telah berkhidmat jauh lebih lama daripada beliau?
Golongan pesara ini tidaklah naif. Malah jika ditelusur dengan lebih adil, apa masalahnya jika pesara-pesara itu memang mahu "menggigit tangan" kerajaan yang korup dan rosak?

17/08/2017

LIM KIT SIANG LAHIR DI ZHANGZHOU, DAERAH FUJIAN, CHINA

Kit Siang Lahir Di Zhangzhou, China, Sah DNA Komunis!

AUGUST 16, 2017

Kelahiran Lim Kit Siang di Zhangzhou, daerah Fujian, China pada tahun 1941 sepertimana yang didedahkan oleh Pertubuhan Minda Sosial Prihatin (PMSP) mengesahkannya dari DNA anggota komunis.

Lahir sebagai seorang komunis pada tahun 1941, di ZhangZhou di Fujian, China dan datang ke Malaysia pada umur 16 tahun dengan tongkang untuk bekerja di ladang babi.

“Tidak hairanlah biro pendidikan DAP meniru teknik indoktrinasi Tentera Merah China untuk mencipta Tentera Kacang Merah (Red Bean Army) untuk menjalankan aktiviti subversif mereka pada 2008,”kata Arthur Sim dalam Facebook.

Gregor Benton dalam bukunya bertajuk “Mountain Fires: The Red Army’s Three-Year War in South China, 1934-1938” mendedahkan komunis Minyue (Fujian) bekerjasama dengan komunis Zhangzhou menganjurkan demonstrasi menentang Jepun pada 1936.

Ia selaras dengan pendedahan oleh Shafik Abdullah, Pegawai Tugas-Tugas Khas PMSP yang berkata Kit Siang lahir dalam kelompok petani di Zhangzhou, di mana golongan petani merupakan tulang belakang komunis di China.

Shafik berkata, dia sendiri pergi ke China dan melihat nama Kit Siang telah didaftarkan dalam buku ‘Daftar Rumahtangga China’.

16/08/2017

GEMPAR MUNCUL ‘PARI HANTU’ 250KG

KUALA ROMPIN, 16 Ogos — Penduduk di sekitar bandar ini digemparkan dengan penangkapan ikan pari “hantu” seberat 250 kilogram pada Jumaat lalu.
Ikan pari jenis ketuka yang tersangkut pada rawai nelayan Rusdi Endut, 54, dijual lebih RM700, lapor Sinar Harian.
“Dulu ikan pari seperti ini tiada harga, sekarang dah ada harga lagi-lagi kalau musim ikan kurang seperti sekarang,” katanya.
“Dapat ikan pari sebesar ini memang berbaloi.”
Rusdi mengakui “sudah lama” tidak menangkap ikan seberat itu walau pernah mendapat ikan pari lebih besar daripada tangkapan terbarunya itu.
“Pernah hampir 10 [tahun] dulu saya pernah dapat lagi besar hingga tidak boleh hendak buat naik atas bot sebab besar sangat.
“Ikan itu pula yang tunda bot, jadi terpaksa lepaskan,” katanya, yang menyifatkan pari seberat 70 hingga 100 kg seekor sebagai tangkapan biasa.

Sumber:  KLIK DISINI

15/08/2017

#PERISTIWA BERDARAH MEMALI: MAHATHIR PERLU DIPERSALAHKAN ???

Kecoh Nothing To Hide 2.0
SEMUA pihak menunding jari menyalahkan pihak lain dengan melupai punca asas tercetusnya kekecohan apabila jawapan yang tidak memuaskan hati terhadap peristiwa Memali. PAS adalah mangsanya apabila diserang hebat sehingga mengorbankan salah seorang pemimpinnya, Ustaz Ibrahim Mahmud dan rakan-rakan.
Terima kasih diucapkan kepada mereka yang meminta penjelasan berkenaan peristiwa Memali. Kepada yang tidak mampu menjawab sepatutnya tidak marah dan orang lain tidak membuat kekecohan. Anak-anak muda sahaja tidak sepatutnya dipersalahkan, sepatutnya juga dipersalahkan yang menjadi penyebabnya.
Ketika peristiwa itu masih panas darah yang mengalir, para ulama PAS mengisytiharkan syahidnya mereka yang menjadi mangsa kerana dibunuh dengan zalim dan mereka mempertahankan Islam yang ditegakkan.
Ketika itu Ustaz Ibrahim Mahmud dan rakan-rakannya dipersalahkan, bukan pula dipersalahkan orang yang selalu menghina Islam dan hukumnya yang sangat dimarahi oleh Ustaz Ibrahim dan rakan-rakan.

14/08/2017

SU AGUNG PERKASA DIDESAK LETAK JAWATAN JANGAN MEMALUKAN BANGSA SENDIRI

‘Saya Bukan Dari China’, Pengacara Majlis Pelancaran ECRL Beritahu PERKASA

Dua orang pengacara di majlis pelancaran Projek Rangkaian Rel Pantai Timur (ECRL) menafikan dakwaan bahawa mereka adalah warganegara China dan acara itu tidak mencerminkan identiti Malaysia.
Dalam temu bual dengan Malaysiakini, pengacara tersebut, Juin Teh menegaskan bahawa dia dan seorang lagi pengacara, adalah rakyat Malaysia.

“Mereka yang menghadiri majlis pelancaran itu akan menghargai bahawa ia adalah acara Malaysia, penuh dengan ciri-ciri ke-Malaysiaan. Semasa menyambut perdana menteri sewaktu beliau masuk ke dewan, terdapat majlis sambutan tradisional Melayu bunga mangga dan paluan kompang,” katanya.

Tambahnya, ia diikuti dengan lagu kebangsaan Negaraku dan lagu rasmi negeri Pahang manakala persembahan pembukaan dilakukan oleh pasukan Muhibah Drum.

13/08/2017

KONSPIRASI TERANCANG DIDALANGI OLEH MAHATHIR DAN MUHYIDDIN

Mukhriz, Muhyiden dan Mahathir Adalah Sikitol Melayu Moden.

Jika disemak di dalam Kamus Dewan edisi terbaru, SIKITOL pengkhianatan membawa maksud perbuatan menganiaya orang lain, perbuatan belot atau tidak setia (kepada kawan, bangsa, negara dan ssebagainya) samada sengaja mahupun tidak sengaja. Manakala konspirasi pula membawa maksud rancangan rahsia untuk melakukan sesuatu yang menyalahi undang-undang (terutamanya yang berbau politik).

Ini adalah definasi tentang pengkhianatan dan konspirasi. Justeru ingin ditanyakan kepada Datuk Seri Mukhriz, Tan Sri Muhyiddin Yasin dan Tun Dr Mahathir Mohamad, adakah apa yang mereka lakukan sejak 2014 seperti yang diakui oleh Mukhriz semasa menjawab pertanyaan seorang peguam di mahkamah semalam, ianya merupakan satu pengkhianatan dan konspirasi terancang tahap tertinggi?

Samada Mukhriz terlalu naif atau sememangnya terlalu lurus bendul, dia mengakui memang telah wujud gerakan untuk menjatuhkan Datuk Seri Mohd Najib yang didalangi oleh bapanya dan Muhyiddin pada tahun 2014 dan bukannya tahun 2015 seperti yang didakwa sesetengah pihak. Namun begitu, dia menafikan ianya merupakan satu konspirasi terancang.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...